✿ Persahabatan~

kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman dan rakan.
untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari
mereka berada dihadapan kita.
hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali.
hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan.
setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang kita boleh berhubung.
tapi apakah itu kawan?
geng warung kopi,
member seperjuangan,
member-member lepak,
rakan sekolah,
atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil.
tak de prejudis.
tak de perbezaan.
tak de pertandingan.
tak de persaingan.
sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak
dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.
tak de hal,
sekarang nih setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas.
tak payah keluar rumah,
tak payah bangun kerusi,
tenung skrin komputer,
keletak keletuk aje keyboard.
boleh suke pada yang sama,
tak suke pun tak pe.
kenal tak kenal belakang cerita.
risiko tangung sendiri.
kerana persahabatan suatu pengembaraan yang tidak boleh diduga.