Broga Hill.

salam.
cerita dah basi aku rase. aku sekarang memang stok pemalas sikit nak update. stress maka idea pon tade. keje project dah la setimbun tak buat buat. esok nak present agaknye baru terkangkang nak buat. abaikan keje project aku, mari cerita pasal broga.
aku bukan jenis suka sangat aktiviti lasak. walaupun mase sekolah aku atlit aktif tapi makin besar makin malas nak hyper hyper ni. malas nak bermandi peluh ni. tapi hiking ni la first time aku buat weh. siyes, aku tak penah buat pon panjat panjat ni. belakang hostel ni ade bukit beruang pon aku tak terpanjat lagi. bole plak tetibe nak panjat broga lak kan. sebelom nak pegy kene la mintak kebenaran yang tersayang dulu. after dah ade kebenaran, aku lak yang berbelah bahgi nak pegi ke tak ni. but then aku pikir, bile lagi nak merase. sementara ade yang pakar memanjat ni kan. plus i can gain some experience from this activity kan kan. so yes lets go bebeh ! 
dari melaka dua buah kereta dan sembilan orang. dorang datang amek pukul duabelas lebih. then kitorang gerak ikot jalan lame. bawak pon slow slow cool cool je. banyak kali jugak berenti. berenti tuka driver, berenti kat stesen minyak sebab nak pegi toilet, berenti cari bank, berenti makan minum sebelom naek. sampai kat tempat yang dituju. kitorang gerak naek pukul empat setengah pagi. ade sikit debaran dalam haty. dah la first time, gelap plak tuh. so aku just ikot flow orang depan sebab aku tade lampu. mane kaki orang tuh pijak situ la aku pijak, mane ade jalan situ la aku jalan. banyak kali jugak kitorang berpecah kepada beberape group. dan so far stamina aku mase hiking memang tade masalah. naek dengan riang gembira. tak silap aku ade empat check point. kitorang semua berjaya sampai puncak pukul enam pagi walaupun ade yang injured dan lambat sampai. itu pon dah ramai sangat orang sampai sebelom kitorang.  finally ! yeah !
pemandangan mase pukul enam pagi.
 
bile dah cerah sikit tapi tade sunrise sebab kabus tebal sangat. so cuaca kat atas ni ade la sedikit sejuk.
 
bile dah cerah dalam pukul tujuh pagi camtuh baru la dapat amek gambar yang cantek cantek. dan baru la aku nampak ketinggian sebenar tempat ni. dem !
 
cantek kan pemandangan ! sangat teruja mase tengok ni.
yeah here we are. azam je tade dalam gambar sebab beliau turun cepat sangat. nak kejar ape pon aku tak taw. mase ni da pukul tujuh lebih. matahari pon dah naek. mostly semua budak utem kecuali cik ayu. 
so sekarang tibe la mase untuk turun ye. dah usha dari tadi ketinggian tempat yang aku daki ni. ehehe. seronok ye kau buat hiking cimi. bile turun aku la orang terakhir dengan bantuan. kaki tangan mengigil gigil sebab aku rase gayat. pastu baru la aku nampak macam mane jalan yang aku daki tadi. ohmai, seram  weh. kalau aku tak pegang orang laen tuh memang tak gerak gerak la aku dari atas. pulak ade plak stunt kene sliding kan, tak macam curam pulak. dorang pakse pakse aku rase nak nanges pon ade. tapi kalau tak ikot kang kene tinggal kat atas lagi la haru aku. dengan ketabahan hati je aku buat, dorang siap rakam lagi.
tapi semua tuh kenangan berharga oke. mane nak dapat kalau tak cuba kan kan. btw thanks korang semua, nawi sara capeng ayein mat cik ayu acap dan azam. insyaAllah next time.

6 comments:

Juliet_iRa~" said...

bestnyaa..

cimi y dok melaka pon da smpai..

ira dok slgr pon xsmpai2 lagi..

heeee

bukudiarysofea said...

HEHEHHEHEHEHE

azam said...

y u no put my pictureee... grr

azam said...

buat kerje sambil terkangkang ye kak?
bahaya bahaya

BENA said...

cimi bawak kite pergi cini bolehhhhhhhh ? heeee ;)

✿ cik atie said...

ni pn nympah jugak! :(