Thursday, February 09, 2012

Sipir Sipot Sampai Sempot.


salam. sekarang dah jam 3 setengah pagi tapi sejam yang lalu aku telah cuba menidurkan diri tapi tidak berjaya. guling kiri kanan depan belakang sampai jatuh katil pon mata ni tetap jua degil tak mahu lelap. dewasa ini selalu je aku mengalami susah tido malam. padahal bila mengadap laptop cepat je rase mengantuk tapi bila baring segar bugar pulak. dah rase macam doktor yang tunggu on call je sekarang ni. eh doktor pun tahu tido malam la. puncanya sekarang mungkin pagi semalam aku bangun terlewat. eh takde la terlewat sangat pun kalau setakat pukul soploh pagi siap golek golek pukul sebelas baru mandi. kira normal la kan bagi manusia yang mengalami cuti panjang seperti aku. habes sekarang ape nak buat? online pun sekarang dah takde yang menarik kalau setakat timeline pesbuk dengan tuwiter tuh. takkan nak pegi kacau orang tido? ekeke. boipren pon mesti dah lena air liur basi sampai itali agaknya sebab penat dua hari keje nonstop. alahai. blogwalking sambil dengar lagu. yee yee idea bernas. lepas tu kejap lagi aku penat klik klik terus tetido depan laptop sampai pagi. pembaziran elektrik namanya. aiseh. kire sipir sipot la gamaknya aku kejap lagi nak bagi tido. jangan mimpi sipot sudahla. okebai.
Next Previous Home
 
cimicomot.blogspot.com | Design By Nur Cimi .Copyright 2009-2015 | All Right Reserved.