Aidilfitri 2012.


salam. orang dah syawal keberape baru nak update entri raya. ish ish. busy woi busy sangat hah. tapi pedulik ape kan belog sendiri entri sendiri taip sendiri. anyway nak ucap selamat hari raya aidilfitri dekat semua semua yang menyambutnya ye. maaf zahir batin. tahun ni takde pon dapat kad raya tapi eh duit raya ade la. kuikuikui. bos pon bagi duit raya okeee. tapi tade la banyak macam budak kecik sebab aku pon bukkan nye kecik sangat. dah besar gajah weh. tema raya tahun ni kaler purplee yawww. kitorang satu family takde perancangan pon nak pakai purple sebenarnye. sekali tengok adik laki dengan ayah semua beli baju melayu kaler purple pastu teringat baju yang aku tempah pon kaler purple. baju mak aku yang die jahit sendiri pon ade ke arah soft purple jugak. haha. so di pagi raya dengan purple la kan.
raya tahun ni tak macam raya tahun tahun sebelum ni. tak meriah tak seronok mana. takde konvoi pegi rumah sedara mara kat kampung. tak ramai pon yang balik. tak tido berhimpit himpit. takde bunyik kanak kanak lari sana sini kat kawasan rumah. sangat sangat tak sama. kalau la mase boleh diputar. kalau la semua orang pon balik dalam mase yang sama mesti  sangat meriah. dapur penuh dengan makcik makcik yang masak hidangan raya. ruang depan penuh dengan pakcik pakcik minum kopi. halaman rumah penuh dengan kanak kanak berkejaran dan main bunga api. itu baru namanya suasana raya kampung.

*sambil keja sambil taip entri. =.="

No comments: