Tuesday, November 20, 2012

Kuantan.


salam. kuantan 14-15 nov 9.30 malam - 11 pagi. lama tak jejak kuantan. last masa hari terakhir kemas kemas semua barang nak balik kl penghujung mei 2010. yela dah habes diploma kan balik la kl balik. lepas dari hari tuh tak pernah sekali pon aku terpikir nak jejak balik bumi kuantan. aku memang spesis macam tuh. habes selesai semua bila aku tinggal memang aku akan tinggal terus tak pandang lagi dah. dulu masa kat chenor pon sama. habes sekolah habes la semua. kenangan kenkawan cikgu dan semua yang related dengan chenor, aku buang jauh jauh. pedas pon sama jugak jugak, semua aku buang macam aku reset memori otak ni. satu satu orang yang aku masih dalam contact masa kenal dekat pedas adalah leya. satu satu orang yang tak pernah salahkan aku dalam setiap tindakan aku. yang dulu selalu sama sama nanges dengan aku. haha. yang lain semua aku padam dari ingatan. aku pasti mereka akan kata aku sombong. yee aku sangat pasti. aku jejak kuantan pon dengan sebab yang munasabah aku kira. kalau ikot hati memang tak akan pegi langsung. aku rasa mungkin kalau tade amir yati sara dan mereka yang masih contact dengan aku samada melalui fb or twitter, mesti aku dah padam jugak semua kenangan kat kuantan yang masih bersisa tentang aku dan mereka. 

selangkah aku kat terminal turun dari bus, semua kenangan pahit manis sakit semua terjah sekali gus. kat mana aku belajar kat mana aku dating kat mana aku makan kat mana aku beli barang kat aku parking keta kat mana aku tengok wayang. terminal masih sama aku rasa, bazar kat tepi jalan pon masih sama rumah yati kpmim kampung padang traffic light jalan raya lampu pokok. haha. kuantan banyak berubah, kalau cerita setiap satu memang sampai esok tak habes. dan tak sampai 24jam kat kuantan, aku dah gerak balik kl semula. aku tinggalkan kembali semua bila aku masuk tol kuantan. 

tapi insyaAllah, aku takan buang amir yati sara tyka dan mereka yang aku tidak sebutkan dari memori otak aku selagi mereka tak buang aku dan selagi Allah tidak tarik ingatan aku. 

0 Comments:

Next Previous Home
 
cimicomot.blogspot.com | Design By Nur Cimi .Copyright 2009-2015 | All Right Reserved.