Kamu + Sahabat.


salam. berapa hari lepas aku kemas kemas kotak bawah katil. aku kan baru pindah pastu kotak kotak memang tak habes buka lagi punya. eceh baru la sangat kan. alkisah aku yang takde masa nak punggah kotak kotak yang tercampak bawah katil tuh. kesian kau kotak. so ape yang aku discover adelah, jeng jeng jeng.
haha. surprise tak? pui surprise tang mana aku pon tak tahu. bila aku tengok benda ni, aku selak setiap halaman dan muka surat, aku telek setiap inci gambar dan tulisan. sumpah aku rindu gila. memang rasa macam sipi sipi nak nanges. air mata dah degil degil nak keluar tuh. one of the best birthday event i ever had. and i really wish i could stop the time. supaya aku boleh terus gelak ketawa dengan kau dan mereka. supaya aku boleh dengar semua lawak bodoh kau. argh tuh yang aku benci tuh simpan barang barang orang kasi. sepuluh tahun lagi kang teringat mesti rindu pastu nak sayu sayu sedih. hati aku ni bukan boleh percaya, nampak je ego tanak jumpa kau padahal dalam hati hanya yang kat atas tu je tahu. nampak je macam takde perasaan. aku takde la heartless sangat pon. cuba la kau pujuk aku dengan iceroom setiap hari. haha. walau ape pon aku bahagia tengok kau bahagia. dan doa aku akan sentiasa mengiringi kau sebab kau adalah antara kawan terbaik yang aku pernah ade.

2 comments:

نورعيم said...

akak kacakkkkk!!!!!

umur akak dah 24 ke tahun ke?

Ainee Cumi said...

Wahh kenangan yang harus disimpan.