Urghh Mabuk.


salam. eh eh ni bukan cerita mabuk mabuk minum bir ke minum wain ke siang siang hari macam ni. cerita kat sini aku mabuk bila naik kenderaan bergerak. perkara ni memang dari aku kecik lagi, dulu ayah selalu complain asal naik kereta je aku pening pastu kena makan hacks pastu kene lumur minyak cekapak minyak yueyee minyak vicks segala minyak kalau tak kang turun je keluar semua isi dalam perut. tapi masa kecik je la teruk sikit, dah besar ni aku pandai la kontrol. takan tiap kali naik kereta orang lain nak mabuk. mabuk la jugak tapi aku buat buat tak mabuk pejam mata tido baring berangan selebihnya aku tahan kan aje. haha. 
masuk minggu ni dah sebulan every weekend aku ulang alik kl dan sebulan ni jugak la asal naik bus je mabuk. urghhh ! takde la sebelum ni balik tak penah jadi tapi sebab jarang balik jarang la rasa tapi bila da tetiba selalu balik rasa macam nak tercabut kepala otak ni pening oi. padan muka sendiri kan kan. tapi yang paling peliknya cuba kau bagi aku yang bawak kenderaan tuh, confirm sihat walafiat aje. tapi pon kereta je aku bole bawak, motosikal tak bole basikal lagi la tak pastu takan aku nak tukar dengan driver bus bawak bus lak. tak ke pelik kat situ. hah kalau kenderaan tuh wangi sangat pun aku tak boleh, busuk apatah lagi kan. tsk tsk. macam anak alien je aku ni.

No comments: