Giggling.


Assalamualaikum.
Kehidupan student tahun akhir yang sibuk tapi ade lagi la masa nak bergambar dengan labcoat depan rumah sebelum pegi kelas. Kahkah. Kalau dah nama pon student tahun akhir mesti la sibuk dengan PSM. PSM dengan FYP tu adik beradik la. Ikut universiti korang nak panggil ape pon kan. Tapi macam biasa bagi student gred biasa biasa macam aku ni ade lagi masa nak makan megi sambil tengok movie dekat laptop sampai overheat. Kalau tak overheat tu tak rare la. Tapi kalau student luar biasa tu aku syak mesti tengah pegang buku kiri kanan yedak. Pastu kalau pulak student kurang biasa mesti tengah tetttt. Hah hah ape korang nak jawab tu. Spesis biasa biasa macam aku ni, pagi sampai petang kelas, malam sampai pagi enjoy, eh bukan bukan aku masuk tido. Hujung minggu pulak? Itu tak payah la aku cakap, habes semua rahsia kejayaan aku terbongkar. *giggling*
Oh ya, semalam malam punya cerita sempat jumpa kawan masa sekolah teknik sebab dorang datang meeting sambil honeymoon. Hah hah hah aku cakap aku jumpa jugak budak kelas aku ni. Tak macam patpuloh lapanjuta kali jugak pikir nak ajak jumpa ke tak. Sebabnya masa wedding mereka aku tak datang, so nak pos hadiah yang berat tuh aku macam wait why not bagi by hand je alang alang dah ade dekat sini kan. Lepas tu aku macam selekeh pesen makcik makcik je pegi dekat restoran terapung tu. Malu je gambar  atas tepampang kat pesbuk muka macam makcik makcik. Ni pon aku pilih gambar tak pakai spec, takde la seem very makcik makcik gitu. So me. =.=" Well sebenarnya nak kasi tahu yang dah 7 tahun kot tak jumpa since habes sekolah. So aku macam apsal muka gua dalam gambar sama macam masa form 5 je selekehnya. HAHA. 

1 comment:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

huhu.. saya tahun depan start psm.. entah apa tajuk nak buat