Minggu Kritikal.


Assalamualaikum.

Paham tak bila aku kata sekarang adalah minggu kritikal? Bagi student tolong la paham. Jangan nak buat dok nganga tengok movie. Sekarang dah minggu ke 14. Pada yang tak siap assignment seperti aku ni, HAHA, sila la buat dengan kadar kelajuan paling pantas. Unless korang dapat lecturer sporting or lecturer yang korang boleh kenyit-kenyit mata terus dapat full mark markah assignment. *dush* Aku baru lepas hantuk kepala kat meja sebabnya sebabnya sebabnyaaaaa jenuh sangat nak kena edit buat ayat untuk report PSM. Ini baru report woi, system kau tak payah nak tanya lak takat mana aku settle. PSM tu ape? Hah pegi google ke yahoo ke bing ke. Penat lah nak terang. Ini pun aku duk kejar-kejar buat report 4 chapter, assignment lain semua aku pandang sebelah mata je dulu. Kau tunggu lepas aku pulun presentation PSM nanti baru aku jegil dekat assignment lak. Haha. Aku bukannya tak boleh multitasking tapi aku tak nak jadi tak terurus je kang. Alhamdulillah assignment algorithm IT Security tu boleh hantar before final. Hah sape tahu buat encryption algorithm angkat tangan, boleh la kasi tunjuk ajar. Tinggal TCP/IP Programming je nak kena settle dengan Dr Samad merangkap PA aku singkatan bagi Penasihat Akademik namanya. Padahal itu pon tak usik lagi. Bukan tak nak buat tapi dah google masih tak dapat pencerahan jugak. Tanya classmate pun semua ternganga tak buat lagi. Tsk tsk. Takde ke universiti yang boleh graduate tak payah PSM? Kena tunggu aku buat nanti kot. Kekeke. 

Tengoklah taip blog, 5 minit je idea berkembang maju. Buat report sebulan pon tak cukup untuk 4 chapter. Aku syak aku sebenarnya salah bidang ni. Aku patut amek bidang penulisan bukan computer networking kan kan. =.="

No comments: