Tahun Ke 4.


Assalamualaikum. 

Sedar tak sedar rupanya dah 4 tahun lebih aku dalam dunia blog ni. Ish 4 tahun tuuuu? Dah macam relationship pun iye. Haha. Ntah sesapa yang baca aku pun tak tahu sebenarnya sebab jarang sangat tengok stat kat nuffnang. Harap je iklan berbayar tu ade tapi takde bayaran pun. Tapi aku berharap sangat yang baca tu tak meluat menyampah muntah la bila baca kan. Dari entri yang merapu meraban ke entri yang lebih matang dan selective. Dari ayat, spelling sesaja error dan short form yang pelik ke ayat yang lebih di fahami. Yela, dulu kan macam kanak kanak ribena perasan dewasa sangat nak ber-blog sehingga la dah betul betul dewasa. Hah dewasa la sangat dah tua bangka dah pun ni hah. Alahai kadang tu blog sekadar tempat meroyan luah perasaan je, tak pun cerita aktiviti harian yang merapu zaman muda dulu. Padahal sekarang pun banyak jugak meroyannya. Kekeke. Gila ke tak bagi aku meroyan kat blog sendiri? Sekurangnya 6 bulan sekali boleh jugak aku baca apa yang aku meroyan sangat tu. Haha. Kadang tu datang rajin sikit aku baca la dari entri memula dulu. Dah la 700 lebih entri, boleh khatam dalam satu hari je. Mengalahkan baca nota bila ada exam. Terima kasih pada yang sudi masuk, sudi baca, sudi follow, sudi klik, sudi komen dan sudi apa sajalah kat blog ni. Eh tapi jangan sudi hack sudah, pengsan nak recover semua entri. Walaupun entri merapu tapi sayang tau. Terima kasih daun keladi, jemput la lagi. 

No comments: