Thursday, July 18, 2013

Api Api Steamboat & Grill.


Assalamualaikum.

Hari ni alhamdulillah kenyang berbuka dekat api api. Sebab lepas ni macam memasing da busy dan macam susah jugak nak jumpa. Mana yang nak balik kampung raya tak menyempat lagi dorang ni. Pastu yang tang keje lagi. Tu yang usahakan jugak iftar sama sama hari ni. Lagi pulak lepas ni memasing dah praktikal lagi double triple busy. Ceh aku cakap macam kl tu besar sangat je. Tetiba kang aku yang takde masa nak jumpa semorang kan kan. Haha.
Tudia excited betol semorang memasak kan. Memasing sibuk tunjuk skill. Aku? Sibuk tengok cukup ler.
Bila memasing da kekenyang sangat. Sampai tak boleh bangun hah. Tenkiu abang api api yang tolong snap gambar. Makan kat sini dari pukul 7 sampai pukul 9 tadi. Api api steamboat & grill ni not bad jugak. Menu memang pelbagai, maksudnya ade jugak nasi, mee, lauk lauk semua la. Bagi orang jenis banyak makan macam capeng dan tengku memang wajar korang bawak makan sini. Kalau orang jenis makan sikit macam aku ni memang harapan betul. Sebab kat sini kira makan sampai kenyang. Makan la banyak mana pon tapi kena ingat setiap 1 pinggan pembaziran akan di cas RM30. Jadi elak kan lah ambil banyak sekaligus. In case korang rasa nak tambah baru tambah lagi. Lagi satu tak perlu risau nak berbuka kat sini sebab dorang ade sediakan surau ditingkat atas. Happy eating.
We are making another memories together. Gonna miss all the silly jokes.

2 Comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

puas aku makan. tapi sekarang aku dah lapau balik

Juliet_iRa~" said... [Reply to comment]

hee syok tu tp sll ms tu mmg knyang sgt tp blk umah rs mcm errr lapa blk hahaha

salam ramadhan cimi :)

Next Previous Home
 
cimicomot.blogspot.com | Design By Nur Cimi .Copyright 2009-2015 | All Right Reserved.