Friday, July 12, 2013

Bulan Ramadhan.


Assalamualaikum.

Macam tahun yang sebelum ni, puasa kat tempat orang adalah perkara normal. Biasa la nama pun student mesti dah selalu sangat puasa kat tempat orang, dah takde yang rare-nya. Lagipun dah 8 9 tahun kot. Kot la. Macam biasa bila ramadhan, orang lain teringin air soya air tebu tapi aku teringin air masak je untuk buka. Air soya dengan tebu ni bukan selera aku sangat. Makanan yang aku selalu rasa nak makan sangat pun aku kurang pasti. Telan je kot ape yang nampak selera kat mata. Yela kalau kat rumah tu memang mak aku dah siap menu masaknya, so tinggal makan je. Tak sedap ke tawar ke masin ke kalau bulan puasa ni, automatik akan jadi sedap sebabnya mak kita yang masak kan. Cuba kalau gerai kat luar, nak pikir nak makan ape lagi. Nampak tempting tapi bila rasa alamak tepuk dahi. Tapi tepuk-tepuk dahi pun confirm telan juga kan sebab lapar. Haha. Dan bulan puasa juga, ada certain peniaga yang ambil kesempatan dengan menaikan harga makanan. Sedih. Cadangnya nak jimat bulan puasa tapi alih-alih sama jugak puratanya. Cuma mungkin bulan puasa ni aku kurang makan sikit. Makan bila buka dan sahur tu kadang setakat air milo setengah gelas je. Orang bujang yang kurang kemudahan dalam rumah memang macam ni, tak boleh nak cita-cita tinggi sangat. Dan banyak benda yang kurang dalam diri yang aku cuba pertingkatkan bulan ramadhan ni. Semoga kita sama-sama memuhasabah diri dan mendapat keredhaanNya. Well muslim readers, selamat menunaikan ibadah puasa dan berterawih. :)

0 Comments:

Next Previous Home
 
cimicomot.blogspot.com | Design By Nur Cimi .Copyright 2009-2015 | All Right Reserved.