Mondays Blues.


Assalamualaikum.

Berminggu minggu berlalu dengan sia-sia. Macam biasa hari isnin datang lagi. Testing projek masih tak jalan lagi. Banyak main budak ni. Ish. Liat sangat nak buat keja ape pasal? InsyaAllah malam kang start. Eh sekarang bukan malam ke? Ok malam kena taip blog dulu. Hah kena nekad ni supaya tak jadi kerja last minit. Nanti orang sibuk raya, kau pulak sibuk siapkan projek sarjana. Haha. Alhamdulillah tadi dah demo system dengan supervisor. Semuanya berjalan lancar. Syarat syarat projek sarjana dah penuhi tapi ape yang penilai nak tu mungkin tak settle lagi. Element network tak masukan lagi. Overall memang fokus pada system tapi penilai selalu aje mintak tambah itu ini. Supervisor memang ok angguk je lepas tengok. Aiseh. Sesungguhnya aku memang berdoa supaya lepas projek sarjana ni jangan fail sudah. Tak sanggup nak duduk utem lama lama oi.
Hari ni dah ramadhan ke 13, hari hari aku adalah bersama housemate yang dua orang ni je. Buka ke sahur ke pegi bazar ke semua dengan diorang. Lagipun kitorang dah tinggal bertiga. Trust me, aku rasa aku makin berisi la kot bulan puasa ni nampak tak isi terlebih je kat pipi dengan dagu tu. Selain dari makan, tido adalah aktiviti utama jugak. Tak membantu untuk diet betul. Tapi nak diet tapi nak makan macam macam. Tengok ni, nak pegi makan ayam lagi sekarang. Tsk tsk.

No comments: