Hari Ini.


Assalamualaikum.

3 august, aku masih lagi kat melaka. Buat apa? Perah idea buat report psm. Tapi idea macam haram je ketuk-ketuk pun tanak keluar. Tsk tsk. Kalau balik rumah ni aku yakin 200 peratus memang tak buka punya laptop ni buat kerja. Sebab nak raya mesti la aku sibuk kena kemas rumah, kena buat kuih raya kena itu kena ini. Hah kan? Jadi aku macam usahakan jugak draft report hari ni jugak tak kira la sampai pening pening lalat ke, perut bekeroncong ke, lagu raya berkumandang ke. Semua tu tak layan. Report adalah perkara utama. Esok dah banyak urusan nak settle, isnin lagi la tak payah cakap, selasa kena paksa balik kampung. Paksa? Haha. Rabu pulak confirm jadi kuli kat kampung kemas satu rumah pulak, khamis raya jadi kena pegi kutip duit raya. Weh dah besar gajah ni dapat lagi ke duit raya. Tak kira nak duit raya jugak boleh shopping lepas raya sebab sebelum raya tak shopping. Anyone give me duit raya. Buat stress je tengok orang lain shopping. Dah dah cukup, lain kali pulak merapu kat sini. Sambung buat report balik. 

Bai. 

No comments: