Alhamdulillah.


Assalamualaikum.

Amboi lama gila tak update kat sini. Ade dekat sebulan ke duabulan kan? Ini tak update bukan sebab malas ke ape ke, ini memang busy tahap tak boleh bla punya ni. Makan mandi semua campak tepi. Tak ingat punya, bangun tido je hadap laptop sampai malam. Semua punca projek sarjana ni la. Masa nak start psm1 aku punya menangis macam nak gila kat rumah. Pastu habes present psm2 hari tu pun aku menangis macam nak gila. Stress sebelum buat kerja dan stress selepas buat kerja. Nampak tak stress dia macam mana. Tapi alhamdulillah selepas semuanya selesai, gred pon dah keluar rasa lega sebab lulus dedua subjek killer. Mahu tak killer, yela buat projek sarjana kan. Esok sampai time korang, rasakan la pulak. HAHA. Tak tido malam nak taip 6 or 7 chapter report fuh.  
Dapat kat aku terus jadi 150 pages. Apa benda aku merapu dalam ni pon aku sendiri was-was. Bak kata housemate aku; "Gred tu bukan penentu kejayaan, ia hanya di kertas tapi kalau tak tahu nak applykan ianya hanya kosong kosonggg". Peh falsafah habis la. So no need to worry about the grade so much guys. Keep and polish up your skill.

Sekarang dah sebulan aku praktikal dekat perpustakaan negara malaysia. Nama je perpustakaan kan? Government kan? Bukan cikai cikai goyang kaki punya. Ingat kerja susun buku ke? No way! Adventure punya. Masa first week rasa macam, bila time balik ni bila nak habes kerja ni. Yela coursemate lain praktikal macam goyang kaki. Aku praktikal ade je kerja sana sini. Aiseh. Tapi sedar tak sedar dah sebulan rupanya. Macam i don't care anymore. Haha. Actually takde busy tahap tak boleh buka facebook or tido. Sempat je kau nak tido 10 minit ke setengah jam ke. Pandai cover line la. Siap ade satu masa tu aku pegi tengok cerita korea lagi weh. Ade member tu siap tengok hindustan lagi. Aku memang patot manfaatkan 6 bulan ni dengan baik. Tapi satu aku tak gemar sangat adalah suhu buku adalah pada tahap beku punya. Sampai kebas-kebas tangan hah sejuk sangat. =.=" Oke nanti cerita lagi.

Toodlessss!

No comments: