Nomnomnom !


Assalamualaikum.
Setelah beberapa minggu baru ada masa nak update pasal #NNFoodFest kat sunway pyramid pada 5th oktober 2013. Pukul 3 dah siap terpacak kat sana. Well siapa yang pergi memang takkan menyesal punya. It's so easy. Tweet and eat guys ! Just tweet pasal makanan yang korang nak makan tu then tunjuk dekat kaunter makanan dan terus dapat makanan yang yummeh ! Wow ! Senang sangat kan nak makan free. Haha. Datang dengan perut lapar dan makan dengan banyak ikot sukahati. Banyak sangat pilihan seperti 1901, My Burger Lab, Yakult, Chatime, Crazy Potato, Cielo Dolci dan bnayak lagi sampai rasa i want this, i want that, i want i want to eat. Gelojoh hoi. First booth yang aku terjah mestilah booth Nando's ! Tak sempat nak amek gambar sebab ayam nando's ni yummy. Dekat booth meggi pon dapat makan meggi kari panas-panas. Walawehhh~
Nasib baik la ada bff ni yang bawak pergi sini, kalau tak menangis la tengok orang lain upload gambar. Haha. Bff tengah pegang 1901 Hotdog dan Waroeng Penyet. Waroeng Penyet memang pedas gila oke. Lepas tu mula la tersedak-sedak cari air. =.="
Yakult, Juice Works dan Chatime penyelamat. Tapi gambar yakult dengan juice works tak sempat nak capture sebab masa tu memang kepedasan. Dekat booth chatime kena ambil gambar dengan instagram chatime, upload dekat instagram kita dan tunjuk dekat kaunter. Yay terus dapat free chatime flavor Hazelnut MT Coffee Jelly dan ada lagi 2 flavor.
Yang aku pegang ni macaroon dari Lifetime Master Chef AUS5 dan potato dari Crazy Potato. Yummy ! Akhir sekali untuk desert aku singgah New Zealand Natural booth dapat mint chocolate chip ice cream. Nak keluar dari kawasan tu sebab jam dah menunjukkan pukul 7 malam sempat lagi rasa Planet Popcorn. Nomnomnom ! Sebab kan busy tweet and eat sampai lupa sangat nak ambil gambar banyak banyak. Dah nak balik baru teringat. Tsk tsk. Food make me too excited. Harap sangat yang Nuffnang akan buat lagi event yang best gila macam ni, sure I will come. Ok jangan salahkan sesiapa bila pipi dah kembang macam pou. Makanan memang mengiurkan. Haha. Thank you Nuffnang for foooodddddd !! 

Toodlessss food!

3 comments:

Crew Fathi said...

meriah2.. ^_^ tak ajak pon..haha

intanurulfateha said...

aaaaaaaaaaaa bestnyeeeeeeeee makan. kalau dekat, dah lame pegy -__-

tenku butang said...

Wahhhh.. memang teman nanti2kan entri pasal festival food nuffnang ni..