Restoran Haslam


Assalamualaikum.
Source gambar dari google.
Hari khamis lepas supervisor belanja lunch dekat sini. Alhamdulillah. Sebabnya ada sorang budak praktikal dah nak habes minggu depan. Tempat makan ni pun aku yang suggestkan. Ikotkan memula nak makan dekat istana bambu, bila call nak booking dia kata lunch cuma asam pedas dan masak lemak. Pastu cancel la tukar kat tupai-tupai, baca review banyak macam tak menarik. Nak jimat masa dekat dan cepat lagi pantas better pegi restoran haslam jalan pahang barat je. Dekat pun dekat dengan jalan tun razak. Boleh la pakai waze kalau tanak sesat. Kami carpool sekali 5 orang. Lagi pula aku yang drive, tanak dengar kata tinggal je tepi jalan. Hahaha. Walaupun supervisor malu-malu kucing takot kena bahan dengan officemate lain. Sampai jugak kitorang kat tempat yang dituju. Sampai je memang orang dah ramai, 1230 lunch hour kan. Cari tempat yang strategic dulu baru ambil makan. Aku dengan budak praktikal ambil makanan berlauk, ikan cencaru bakar, keli bakar, asam pedas ikan pari, kerabu perut, kerabu mangga, daging masak lemak, pucuk paku, gulai nangka, sambal belacan. Supervisor pulak ambil goreng-goreng. Air pulak kitorang order fresh oren 3 limau panas dan teh o ais. Aku suggest sangat tempat makan ni, semua lauk sedap-sedap. Restoran haslam ni jugak ada breakfast dan makan malam tak silap. Servis alhamdulillah setiap kali aku pegi makan memang oke je. Total harga kitorang makan tu tak lebih rm60 pun. Bagi aku affordable la kan untuk sesekali makan sedap-sedap. The next day ada kawan office lain pegi makan pun tak lebih rm80 untuk 6 orang. Ia bergantung pada lauk apa yang korang makan la dan better pegi awal jadi lauk pun banyak lagi. Semoga murah rezeki supervisor belanja kitorang makan. Owh gambar memang tak ambil sebab semua nampak makanan je. Hihi.

Toodlessss food! 

1 comment:

farrah hanim said...

macam sedap aje !! omnomnom !!!