First Conversation.


Our first conversation start on this date last year. I never imagine that i will be his fiancee or his future wife. Macam mana aku boleh jatuh cinta, macam mana semua perasaan tu hadir. Aku sendiri tak ada jawapan. Aku sendiri tak sedar.

Tipulah kalau aku kata aku tak ada teman lelaki masa ni. Ada. And the relationship is almost 5 years. Mungkin akan ada kawan-kawan yang kata aku curang. Ye mungkin aku yang curang. Mungkin ada yang kata aku berpaling tadah. Kesalahan nampak lebih berpihak pada aku. Dan untuk semua perasaan yang pudar tu, aku tahu aku bersalah. Ya Allah, kau ampunkan lah dosa aku kerana melukai hati hambamu itu. Aku tak berniat. Bukan aku tak pernah sayang dulu. Tapi perasaan tu makin lama makin hambar. Dia dan aku lebih banyak fokus pada kerjaya sendiri. Tapi kami terikat dengan hubungan kami.

Aku berdoa pada Allah setiap hari siapa yang aku perlu pilih, siapa jodoh aku yang Allah tetapkan. Tapi aku takot kalau itu cuma mainan perasaan.


No comments: