Langkawi.


Assalamualaikum

Second vacation kami sebagai suami isteri. Masa first dulu sehari lepas nikah kitorang pegi PD semalam. Hahahaha. Vacation kali ni bertiga. Honeymoon yang dah tukar jadi babymoon kot. Dulu langkawi ni aku dengar cerita dari orang je. Ramai yang kata best untuk shopping. And I admit it. Aku syak satu HIG tu aku nak borong. Maaf suami. Boros betul isteri awak ni. Sampai siap kena tambah luggage lagi. Lagipun ni first time aku jejak kaki ke langkawi. 

Flight kami petang isnin, sampai je terus jalan kejap then check in hotel. Kami duduk malibest hotel. Depan pantai, view memang cantik. Sebab suami dah biasa pergi langkawi setiap tahun, so most of the place dia memang da biasa sangat. Malam tu kami dinner dekat restoran nelayan. Menu nasi putih, ikan bakar, sotong goreng tepung, tomyam ayam, telur dadar, ulam dan buah tembikai. Total memang tak lebih dari RM 50. Serius sedap. Highly recommended. 

Hari kedua, pagi-pagi lagi kami dah mandi pantai. Kemudian balik bilik siap untuk breakfast dan keluar berjalan. Kami breakfast gerai nasi lemak tepi jalan dekat dengan underwater world. Sebab lepas tu kami memang nak masuk underwater world pun. Suami kata sekali sekala takpe je kita masuk sini. Dah puas tengok pelbagai binatang dalam tu kami keluar pusing dekat mall sebelah tu nak survey harga coklat yang memang favourite aku. Next nya kami gerak ke gunung mat cincang. Di sebab kan aku ni mabuk segala jenis kenderaan, most of the time aku memang akan tido je bila naik kereta. Mabuk yang satu ni memang tak boleh bendung sangat. Suami akan kejut bila nak tunjuk view cantek je. Kat sini kami tak naik pon cable car. Cuma jalan-jalan kat sekeliling tu. Aku rasa cable car tu tinggi sangat. Aku takde la penakut tinggi tapi bila dah tinggi tu takot tu datang lain macam sikit. Haha. Destinasi seterusnya ke makan mahsuri. Baca dan tengok sejarah macam mana kematian mahsuri. Macam mana langkawi jadi padang jarak padang terkukur untuk 7 keturunan. Selepas keturunan ke 7 baru lah langkawi mula membangun. Seterusnya kami ke tanjung rhu. Cuaca kat langkawi masa ni memang panas terik. But trust me, tempat ni memang cantek sangat dengan laut nampak biru kehijauan. Teruja. Panas terik pon, aku sanggup tarik suami sampai ke pantai sebab nak ambil gambar. Setiap moment pertama aku dan suami adalah yang paling berharga. Lunch tadi kami singgah je gerai tepi jalan dan mereka ada variety lauk pauk dan affordable untuk pelancong. Next, dataran lang sebab aku nak tengok helang yang besar tu. Last sekali dah nak petang tadi kami ke pekan kuah dan HIG mall untuk shopping. Malam tu kami dinner dekat restoran nelayang juga. Suami kata tak puas makan semalam. Eleh sedap letew. Tapi malam ni mahal sikit sebab ikan bakar tu kami pilih besar. Total dalam RM 70 tak silap. Balik bilik terus mandi tido. Kepenatan seharian berjalan je.

Hari ketiga, hari terakhir aku kat langkawi. Pagi macam biasa mandi pantai sampai puas. Balik rehat kemas beg semua terus checkout. Sebab ada barang lagi nak beli. Biasa la permintaan mak mak kena tunaikan kan kan. So kena singgah HIG mall lagi. Kami kena return kereta pukul 130pm dan flight pukul 3pm. Kat sini memang agak terkejar-kejar sikit. In the end flight delay pukul 5. Sebab kondisi aku yang mabuk-mabuk ni. Kat ruang menunggu tu juga aku tido sementara tunggu flight. Alhamdulillah. Vacation kami selesai untuk 3 hari. No words can describe how happy i am for every moment. 

Terima kasih suami untuk kasih sayang yang tak terhingga.

Toodles.


No comments: