Sunday, August 28, 2016

Baby Expo.


Assalamulaikum.

Hari ni pergi beli barang baby. Mostly dah complete. Ada yang orang hadiahkan, ada yang beli sendiri. Macam baju-baju, rompers, mitten, booties, blanket semua banyak orang hadiahkan. Tapi bila pegi baby expo ni memang menguji hati nak beli baju baby banyak-banyak sebab semua comel. Geram je. Barang yang aku beli pampers, botol susu, drying rack, baby grooming, car seat, beg superman baby dan apa tah lagi. Pampers aku ambil brand huggies ultra sebab ada indicator bila pampers dah full. Incase mummynya ni blur sangat. Botol susu aku ambil set newborn avent, sebenarnya confius juga nak pilih avent or tomme tippie. Last ambil je avent, esok lusa kalau baby tak nak pakai tak tahu la nak buat apa. Mahal tau mummy beli ni baby oi. Drying rack ambil easy tu. Set baby grooming tu aku pilih brand baby organix. Natural ingredient if nanti baby keluar kulit die sensitif ke kan. Nak ambil tropika lagi mahal oi. Pengsan. Tapi ada juga ambil bedak, lotion and baby wipes pureen. Sebab murah kan, so topup la sikit. Car seat and beg superman baby tu beli dari toysrus masa dorang buat offer. 

Sekarang tinggal barang aku je. Maternity pad dah beli pureen punya tapi still nak cari yang ada loop tu. Senang sikit masa lepas bersalin tu. Set berpantang pon tak cari lagi. Ingat nak beli set nona roguy. Baca review ramai yang kata set tu okay. Confinement lady yang aku tempah pon offer nona roguy juga. 

Bila memula tengok list banyak juga nak kena beli. Ni dah beli still tengah tengok anything yang tertinggal. Nak masuk 7 bulan ni dah start kena prepare beg mummy dan baby dalam kereta. Incase terbersalin awal kan. Apa-apa pon semoga diri ini di permudahkan segala urusan nanti. Aaminnn.

Toodles.

0 Comments:

Next Previous Home
 
cimicomot.blogspot.com | Design By Nur Cimi .Copyright 2009-2015 | All Right Reserved.