37weeks.


Assalamulaikum.

Rasa dah sarat sangat je perut ni. Tapi masih pergi kerja. Tapi masih juga drive hehari dari shah alam ke cyberjaya. Tapi masih naik tangga office sampai tingkat 2 walaupun penat. Tapi contraction takde rasa lagi kot. Contraction macam mana rasa pon aku tak sure. Haha. Cuma baby mengeras tu peh memang mengah. Kadang ada jugak sakit-sakit lain. Perut bahagian bawah tu mungkin sebab kepala baby dah ke bawah kan. Malam memang tak payah nak kata, susah nak tido. Pusing kiri kanan semua tak kena. Terjaga bila dah lena tu lagi la sedih sebab nak sambung tido balik susah. Pastu dengan kaki cramp. Tak kisah la apa pun sakit nya, hopefully sangat baby sihat walafiat. Sekarang berat baby dah 2.4kg. Agak-agak lagi sebulan cukup 40minggu berapa la berat baby naik. Mummy punya berat dah static 67kg ni. Makan tak payah cakap, memang semua makanan teringin. Alhamdulillah suami selalu usaha nak tunaikan. Tapi tak penah lagi la nak mintak yang pelik pelik tu. Pelik pelik tu macam mana tak tahu la. Setakat pukul 1 pagi nak minum fresh orange tu ada la. Hahaha. Belom cukup pelik sangat kan. Semoga semuanya berjalan lancar nanti. Aminnn.

Toodles.

No comments: